FOLLOWERS

NAK MASUK TABUNG



Wordless Wednesday katanyee


Dah masuk bulan 2 baru reti nak update kan? Sebenarnya kan tahap kemalasan aku nak update kemahen menjadik-jadik..Haihh..Aku tau entry Phuket aku masih terbengkalai lagi..Haih..apo lah nak jadi..


image_1

image_1



Nih kasi update sikit,pic ni masa aku, mek Zy, Has & Anoy berjimba di Melaka baru-baru ini..Best la Melaka sekarang..cantik..kalo korang datang Melaka make sure naik River cruise waktu malam..Fefeling Venice noks.Nanti aku rajin aku update ek..hohoho
Aih kata wordless wednesday ni ape hal berjela aku taip..







Phuket - Day 1


Cuaca pagi tu memang nicee...Sebelum nak landing tu nampak dari atas  memang cantek pemandangannya,nampak jelas air laut yang kebiruan nak kehijauan tu.. Sayang betul masa tu camera aku dalam backpack, aku lupa nak keluarkan..Tak teringat lansung nak snap dengan handphone! syok sangat tengok kot..

Dalam 7.20 am waktu Thailand kitorang selamat sampai.. Sampai je terus gi toilet..Maklum la tak mandi lagi cuci la muka kot ye pon..hehe..Jakun sket sebab toilet airport dorang ni better dari toilet LCCT..Siap ada kelopak2 bunga ros kat sinki..hehe

Arrival form tak diberikan semasa dalam flight, pastu bila turn kitorang bole pulak dah habis..Padahal first flight kot..Selepas isi form, seperti biasa terus ke kaunter imigresen..Tak banyak songeh dorang ni, check passport ,amik gambor terus cop..Aku     greet  Morning  haram nak jawap..Kerek betei..

Lepas selesai kitorang keluar airport tunggu mini bus untuk ke Stesen bus,bayaran sebanyak 80 bhatt.Sebab tak de duit kecik aku masuk la balik airport gi kat kedai situ..Sekali rupanya nak masuk airport je pon,dorang  nak scan bagai jugak..Aihh..pelik betei...Aku ingat pelancong je rupanya pekerja kedai dalam airport tu pon sama..Peh dasat jugak sekuriti dorang..

IMG_0317

Airport Phuket.

Perjalanan dengan mini bus dari airport ke stesen bus Phuket dalam sejam  jugak.Sebabnya bas ni bole pulak berhenti-henti ambik penumpang bila lalu kampung dan bandar.. Memang terlelap la aku sebab tak cukup tido..Apa yang aku perasan ,dorang ni memang tak kedekut bagi seat...Selagi ada tempat boleh duduk ,konduktor bas tu suruh mat saleh tu alihkan bag bagi penumpang lain duduk.. Pastu kalau dah tak de seat, ade 2 orang makwe Thai ni jenis tak kesah bagi share seat dorang.dengan sorang budak ni. Kagum disitu sebab kalo kat tempat kita, ada sesetengah tu jangan harap la nak share seat berhimpit2 dengan stranger ye dok.Kekadang ada yang buat tak reti je nak alihkan barang dorang bagi orang lain duduk...

Melalui kawasan kampung dorang ni macam masuk kampung kat Malaysia..Tak banyak beza pun..Cuma satu yang aku agak serabut, apesal la wayar kabel dorang ni berselirat sangat pastu rendah sampai nak capai bumbung rumah..Ngeri siot aku tengok...


IMG_0319

Cer tengok..cer tengok..haihh






Sebelum ke Phuket



IMG_0318_p

Sebenarnya sebelum trip ke Phuket ni  ada masalah sikit  so plan cancelled beberapa hari sebelum nak bertolak..Hari Jumaat tu, tak kurang 24 jam nak ke Phuket, aku tanya Fatt kalo aku boleh follow dia ke Krabi..Sebab fikiran aku memang dah serabut dengan keja minggu tu dan apa yang aku tau aku nak bercuti!...Aku dah nekad.


Fatt  kata 1st day dia akan follow gi Phuket dan akan ke Krabi next day. So aku on saja! Kol 6 aku balik keje dengan hujan lebatnya terus aku ke Giant cari ape yang patut balik rumah campak je barang masuk dalam beg..Dengan stok baju sebakul tak basuh! Haa sudah.! Lastnye pakai je tshirt dengan cardigan since itu je baju bersih yang ada..Lepas Isyak terus gerak KL Sentral tukar duit dan terus naik bas ke LCCT! Tiket dah beli lama tapi tak ada buat preparation sangat just baca thread kat forum.Itinerary pun aku harap kat Fatt saja naseb baik lah dia belum cancel hostel yang mula-mula dia book hari tu.

Flight aku sebenarnya kol 6.55 pagi, so kalo flight awal pagi tido kat airport jah..Ni kira second time aku tido kat airport..Nasihat aku pada yang nak tido airport bawak sweater dengan stoking..Punye la sejuk gile baben.!
Sampai LCCT aku terus lepak McD, minum secawan teh, auntie McD tu pandang aku kerek je sebab aku just order air..suka hati lah! hahah..Aku order pun sebab buat syarat nak lepak McD..

Naseb baik ada port baik kat kerusi panjang tepi dinding, aku membunuh masa dengan bertuiter dan agak2 bateri nak kong baru reti tido..Tapi dapat lelap kejap je sebab bising sangat..Aku masuk terminal cari port..Macam biasa kat mana-mana bersepah orang tido..Kalo yang kat kerusi sume dah chop..Pastu nampak satu port baik tepi dinding..Ada lak pasu besar memisahkan  so macam de privacy la sikit..Ada brader dah tido port depan, aku amik port tengah...Amik sweater tutup badan sampai muka sebab sejuk dan tak mau abam steward tengok..Memang dah rasa macam pengems dah ni.

Tapi tak lelap jugak memang aku tido ayam jah, ade pulak brader-brader polis nih bersembang dekat-dekat situ..Ape tak de tempat lain ke korang nak sembang...Bengang beteiii...Pastu aku sambung tido, tengok kat depan aku ada lak group minah saleh dok lepak2..Ok lah.tak de rasa segan sangat aku sorang je pompuan kat sini..Aku set jam dalam  kol 4 sebab aku nak tido kat surau..Sekali mak oiii makin lama makin sejuk pulak...Bila bangun baru lak aku sedar aku tido sebelah kaunter check luggage ..Tu pon sebab ada nampak akak imigresen kat situ..huhu.Tak tahan  sejuk terus aku gerak ke surau kot-kot la pintu tak kunci.

Cantek..Ada 3-4 orang tengah membuta..Letak beg sume aku pun sambung tido..Sedar-sedar dah kol 5.00 pagi..Gi toilet basuh muka dan aku tak perasan ada 3 miscall  dan sms si Fatt..Dah sampai rupanya..pastu aku gerak jumpa dia dan breakfast kat kedai makan kat betul-betul depan McD..Nasi lemak dengan mineral rm10.60!! Mahal betei!! Dah le tak sedap! 

Aku tak habiskan sebab memang tak sedap pon! Dalam kol 6 kitorang gerak ke Departure Hall, solat subuh then gerak ke gate.

Bersambung~









Saya share dengan Yuna ....



Sila lah  tengok tarikh tweet tuh...








 Yuna Zarai 
@ 
 happy birthday to you!



Yezaaaa kitorang share birthday yang sama..tahun jah yang lain...Tapi tak sangka lak dia reply  ..Happy la aku noks!
Sebenarnya kat facebook aku hide birthday..sebab tu ramai yang tak perasan..Lagipun aku bukan jenis celebrate birthday..Dulu zaman kecik2 adalah dah besar ni macam segan pulok...Tapi pada yang mengingati & wish tu aku ucapkan terima kasihhhhh sangat ye..! 
Semalam Cik Fariza juga berkenan open table..Awww  terharu,yelah tengah bulan ,gaji hari tu lak awal bebenor..wuwuwu..Macehhhhh Fariza!  Has pulok janji nak bagi hadiah...yeayy!








P/S : Satu benda aku perasan, member2 aku dalam fesbuk ramai benor lahir bulan 11..Apekah?





Dah macam kedai katanya.


lokasi : my workstation =p

posted from Bloggeroid

20 setengah



Sabtu lepas aku singgah kedai NEWS .Masa nak bayar, cashier Nepal tu tanya aku nak plastik ke tak..Sebab aku beli barang lebih aku cakap nak plastik lah..


"Mau tambah plastik bayar 20 setengah"


Dalam hati aku what the hell mahal nak mampus tambah plastik sampai RM20.50 padahal tadi kira  belas-belas je..
Aku tanye balik  dia berapa..


"20 setengah.."


Aku tak puas hati..Aku test spekang pulak ..


"How much ? "
"20 cent.."


Demmm! Reti pulak sebut 20 sen..Ini 20 setengah,20 setengah ape cer! Barbie doll..





Adik GPS saya



IMG_0278




Ini ialah adik lelaki saya yang no 2..Nama beliau Nazrin atau semasa kecil dipanggil Ayen...Pic ini pic tahun lepas, masa ini berambut pendek. Sekarang sudah berimej rambut  Kpop,saya tak sanggup nak upload..Opss saya bukan nak promote dia..

Sebenarnya saya pelik dengan dia ni..Macam ada GPS dalam badan dia..Begini,

Biasanya setiap kali keluar ke Tesco atau shopping mall, kami akan berpecah..Tak de nye Nazrin nak ikut gi kitorang yang perempuan ni beli barang.Dia mesti merayau-rayau ke tempat lain..
Yang pelik binti ajaibnya dia boleh cari kat mana kitorang .Masa tu dia tak ada henpon lagi tau.Bukan sekali dua tapi setiap kali!

Merayap la ke tempat lain pun mesti dia jumpe punye walaupun kat tempat yang crowded..Tak payah nak cakap gi kedai mana..sebab tu dia tak kesah pun kalo tak de henpon..Tuptup  muncul la dia..
Padahal kitorang bukan jenis pergi kedai yang sama..Pelik betul..Okthankbye..




Jungle Trekking di Bukit Larut (Maxwell Hill)



Lama gilaak tak update kan..Ade ke yang rindu ? (TDDMKA)

Anyway,
2 minggu lepas, aku join team building,antara salah satu aktivitinya ialah jungle trekking kat Bukit Larut..Bayangkan sampai Taiping kol 1 pas check in & ice breaking terus nak gi naik bukit..heshh.


PA080028

Masa ni still kat kaki bukit..Selit-selit kat gambor member dulu.. =p

296325_1931463021094_1677815350_1524327_43818677_n

Ni tshirt team aku..Cool tak? Aku order kat myT (Sila gugel)..Puas hati dengan servis dorang,tepat pada masanya  & harga yang berpatutan walaupun order last minit..Design pun saja2 aku minta buat ala tshirt Polo sebab aku minat  design yang nombor bertepek kat lengan tu.. =)

PA080042

Ok tutup cerita tshirt..maka bermula lah pendakian kitorang pada pukul 5 pm..Sebenarnya agak rush sebab takut sampai dah gelap..Kalau ikut tentative dijangka sampai pukul 7pm..


Walaupun team kitorang ramai yang muda2 tapi yang paling kedepan ialah En Said..pehh dasyat betul..masa memula naik tu aku kat belakang dia..Dia naik kemahen laju..sampai aku kena mintak dia stop sebab team dah kebelakang..Daki punye daki nak kejor dia..tengok2 dia dah ke depan.kejor lagi dia kat depan lagi..heshh tak bulih celen En Said ni..

PA080041

Tengah mendaki tu hujan pulekk...nama pun kat Taiping, kawasan paling kerap hujan dalam Malaysia nih..Masa nih la agak mencabar sebab licin dan dimomokkan dengan banyak pacat kat situ..Tapi naseb baik satu pacat pun kitorang tak jumpa walaupun team depan aku ni ada yang kena gigit..bak kata Kamil, darah kitorang ni tak manis..Sentap disitu.. =p

PA080040

Diwaktu inilah semangat berkumpulan kita tunjukkan, member asma,member kaki cramp,member semput,member dahaga kita berhenti bersama-sama..Yang bawak 100 Plus kita sharing 1 botol..Jangan euww..euww..nak share..

PA080063

Masa ni dah hampir sampai..Elok-elok nak sunset..Cantik kan.


PA080044

Ambil gambor di lupa jangan...


PA080056

Sampai sudaaa...!! Tengok tu ada nak senyum pun dah tak larat..



PA080066

Time nak turun kitorang ikut jalan trek..Rasa hazab sangat ikut jalan ni sebab selekoh nye mak oiii berapa puluh ratus entah...Dengan kaki sakit lagi pastu nak turun kena la jari kaki mencengkam .

Masa turun tu memang dah maghrib,naseb baik la ada member2 yang bawak torch light..
Sebenarnya ada la cuak sket sebab masa tu dah maghrib ,lalu hutan, gelap pulak tu..Tapi bila dah beramai-ramai hilang sket rasa seram tu..

300037_1931512502331_1677815350_1524426_215396256_n


Kitorang sampai kaki bukit dalam 7.40pm..Tengok tu dalam gelap pun bulih nampak kan semua tersengih..Alhamdulilah tak de pape yang berlaku.Tapi bila balik opis..jeng..jeng..jeng...terbukak la cerita, akak group belakang kitorang ternampak "jenazah" masa turun bukit.Deng!!



Pics credit to Juice & Teha



Tiket ke Bali promo 0 fare


 MizzCieyla 

teringin nak gi bali....=/







 MizzCieyla 

alhamdulilah..siang tadik meroyan teringin nak ke bali, malam dah dapat book tiket ..rezeki! XD


Insyallah trip untuk tahun depan! Ni semua Awan Dania punye pasal aku terpengaruh nak kesana..Thanks Hemy sebab book kan dulu tiket untuk kitorang semua..Maklumla dikala eco-no-money nih..Thanks juga AirAsia,tapi sempat gak aku lepas geram kat hari tu...hahaha



 MizzCieyla 

  wat promo tengah bulan..enough said..





Tokyo Street


Hari tu aku dengan Cik Has ke Tokyo Street..




OK Tokyo Street kat Pavilion jekk....Aku baru je tau tempat ni baru bukak, itupun sebab merayap kat Pavilion. Tokyo Street ni kat tingkat paling atas ..Korang nampak ada tanglung merah besar maknanye Tokyo Street la tu.





Amacam ada nampak sejibik macam kat Jepun tak?..haha..masa kitorang sampai entah berapa kerat je melayu yang ada.. Ramai geng-geng mata sepet je ..Tak pasti la jepun pure ke cina ke..sume lebih kurang je..




Antara kedai-kedai yang ada kat Tokyo Street ni ialah restoran Jepun, cenderahati,agensi pelancongan & kedai barangan Jepun (jap lagi aku citer)  ..Kebetulan Cik Has pakai baju I <3 Japan , dah fefeeling cam berjalan kat Tokyo lak. Bila upload gambar ada  lak member ingat betul-betul gi Jepun..! ahaks..


 Tokyo Tower dari Lego.


Berjalan-jalan di satu kedai cenderahati kat sini.Kesemuanya cenderahati bercirikan Jepun..Tak yah susah-susah nak kirim kat orang  kat sini pun ado..


Kawaii sungguh kan purse nih..Tak sampai RM10 jahh!



Kalau korang  nampak kedai Daiso ni make sure korang masuk..hehe..Kedai ni paling ramai orang sebab kat sini semua barang beharga RM5 (Kalo kat Jepun  100yen,refer Wiki)..
Sorry la tak de gambar dalam kedai sebab tak boleh amik gambar..Barang-barang yang  dijual dalam kedai ni antaranya perkakasan dapur ,aksesori wanita/lelaki ,makanan,perhiasan rumah & macam-macam lah! Confirm rambang mata! So mesti singgah oke..