Tengah musim Harry Potter ni aku nak mengimbau kenangan masa aku melawat National History Museum di London .Tempat ni memang macam Hogwarts..i mean dari segi architecture nye yang gothic gitu..Aku ni bukan la jenis suka ke muzium tapi sebab masa tu aku ingat tempat ni yang diorang shooting Night at Museum, tu yang aku masukkan dalam ittinerary aku. Tapi sebenarnya yang dalam filem tu National History Museum kat US..cehhh..
Cara ke sini ialah jika korang naik tube (lrt) dari stesen Victoria sila ambil line District dan turun ke South Kensington..(gigih aku buka balik peta..)Kuar je dari underground stesen terus jumpa muzium ni.
Cam kat university pon ade kan? Muzium ni dibina dari tahun 1873-1880 dan antara yg diorang pamerkan kat sini ialah berkenaan Darwin Theory Evolution,Human Biology,Dinosour Gallery dan artifak-artifak dari zaman pra sejarah..
Bunyi macam bosan kan? keh..keh..keh.
Nak masuk free je dibuka dari kol 10 pagi -5.50 ptg. Kalau korang bawak bag Pak guard akan check..
Masa ni memang terus terbayang tangga kat Hogwarts yang boleh bergerak-gerak tu..
Jakun oke first time dapat tengok dinosor ..walupun tinggal tulang jahh..Cer tengok beza size dinosor dengan manusia-manusia itew..
Redha je lah bergambar kat belakang montot dinosor..dah ramai benor tercangak kat depan tuh..
Nih atuk sape ni ? hehe..sila tengok tanda nama kat bawah tu..
Aku rasa yg menarik dalam muzium tu part dinosour tu je..ahaha...Selepas kitorang pusing-pusing dalam setengah jam (1/2 jam jerrr??..ahaha mmg aku rase bosan muzium ni) kitorang dok lepak kat luar sambil lunch dgn bekal yang aku bawa ..Sambil tu sempat gak la cuci mata..
Kat luar muzium ni ada yang lepak minum kopi, main pinpong,ada yang baring-baring ,ada yang tido,ada bebudak yang main kejar -kejar merpati ..(kalo kat kampung kejar ayam ye dak? ekeke) Kira dah jadi tempat riadah lak..Muzium kat mesia ade happening cengini? hado? hado?
Lama gak lepak kat luar sampai aku terlelap tu pon tersedar bila ada Pak Guard halau semua orang sebab muzium nak tutup..ahh sedar tak sedar dah hampir genap setahun kenangan kat sana..tapi masih ada lagi yang aku lom update..huhu..









